Monday, 22 October 2012

Misconceptions About Nuclear Energy

Some misconceptions on Nuclear Energy

Study Case


Ribuan ikan mati timbulkan kebimbangan penduduk

MELAKA – Penduduk terkejut apabila menemui ribuan bangkai ikan darat pelbagai spesis terdampar di Sungai Rembia di Kampung Solok Jeram, dekat sini pagi semalam.
Kejadian disedari kira-kira jam 9 pagi oleh penduduk yang melalui kawasan berkenaan.
Seorang penduduk, Marzuki Talib, 41, berkata, dia dalam perjalanan menuju ke kandang kambing peliharaannya tidak jauh dari lokasi itu mendapati beberapa penduduk berkerumun di tepi sungai melihat longgokan ikan terbabit.
“Saya lihat segelintir mereka mengutip ikan terbabit yang masih ‘nyawa-nyawa ikan’ untuk dibawa pulang.
“Tetapi ada juga yang bimbang untuk menjadikannya lauk kerana takut beracun,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Marzuki berkata, antara ikan yang mati termasuk talapia, sembilang dan betuk.
“Sebelum ini, pernah berlaku kejadian serupa pada tahun lepas tetapi tidaklah seteruk ini.
“Saya mengesyaki ia berpunca dari kawasan perkilangan berhampiran yang besar kemungkinan mengalirkan sisa toksid sehingga menjadi punca pencemaran sungai,” katanya.
Sementara itu, Sidang Kampung Rembia, Mohd Soid Baba, ketika ditemui berkata, pihaknya bimbang terutama haiwan ternakan penduduk kampung yang menjadikan air di sungai berkenaan sumber minuman.
“Ekoran kejadian ini, kami sudah menghubungi Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan pihak berkenaan sudah mengambil sampel air dari sungai terbabit untuk dihantar ke Jabatan Kimia.
“Apa pun keputusannya, kami berharap supaya pihak yang terlibat janganlah membuang sisa toksid sehingga mencemarkan alam semulajadi khususnya kehidupan di sungai ini,” katanya.
Sumber: Sinar Harian





Analisis data/artikel.
·         Ribuan ikan darat mati dan terdampar di Sungai Rempia di Kampung Solok Jeram.
·         Penduduk di sekitar menjadikan sumber ikan di situ sebagai makanan harian
·         Haiwan ternakan menjadikan sungai di situ sebagai sumber minuman.
·         Kejadian berlaku mungkin berpunca dari kawasan kilang berdekatan yang mungkin mengalirkan sisa toksik.
·         Pernah berlaku kejadian yang serupa pada tahun lepas tetapi tidak seteruk ini.

Mencadangkan penyelesaian
·         Mengenal pasti punca kematian ikan
·         Mengambil sampel air dari sungai terbabit untuk menguji tahap pencemaran dan pH air.
·         Mengenal pasti kesan yang timbul atas haiwan ternakan yang menjadikan air di sungai sebagai sumber minuman
Menilai penyelesaian yang berpotensi
·          
Menyelesaikan masalah
1.    Mengenal pasti punca kematian ikan
·         Mengambil sampel ikan.untuk Sampel ikan mestilah yang masih hidup, terdapat tanda-tanda sakit yang teruk dan baru dijangkiti.
·         Ikan dimasukkan ke dalam plastik dan diberi pengudaraan.
·         Sampel air diambil dari beberapa lokasi sungai dan dari punca air masuk dan keluar.
·         Air dimasukkan ke dalam botol plastik (500ml) dan ditutup rapat.

Masalah persekitaran
Patogen
Parasit
Bakteria
Virus 'outbreak'
Kematian serta-merta dalam kuantiti yang banyak dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda penyakit fizikal
Kematian berperingkat- peringkat, 2-10 ekor sehari.
Badan diselaputi lendir yang banyak.
Kematian berperingkat- peringkat, 2-10 ekor sehari.
Terdapat luka, kudis, kemerahan dan sebagainya
Kadar kematian akut dan tinggi.
Kematian selalunya melibatkan peringkat umur, spesis ikan tertentu.
Terdapat tanda klinikal
·         Mengetahui ciri-ciri ikan yang normal untuk di bandingkan dengan ikan yang sudah tercemar.



2.    Mengambil sampel air dari sungai terbabit untuk menguji tahap pencemaran dan pH air.
·         pH air dapat di uji dengan mengambil sampel dari sungai.
·         pH yang rendah bermaksud air berasid. Semakin rendah pH semakin berasid air.

3.    Mengenal pasti kesan yang timbul atas haiwan ternakan yang menjadikan air di sungai sebagai sumber minuman


Analisis air sisa akan dijalankan untuk mengenalpasti kandungan sisa toksik dalam air.  Air akan diuji dengan beberapa parameter fizikal dan kimia.
Parameter fizikal yang terlibat ialah:
v  Suhu air
-       Thermometer digunakan untuk mengambil bacaan suhu air di sungai yang terbabit.
v      pH air
-       pH meter yang mudah alih digunakan untuk mengambil bacaan pH di sungai tersebut.
v         Kekeruhan air
-       Kekeruhan air diuji dengan mengukur cahaya yang bertaburan oleh media cecair. Unit piawaian untuk kekeruhan ialah Nephelometric Turbidity Unit (NTU).
-       Gunakan botol HDPE 500 ml untuk menangkap air dari bahagian bebas pengaliran air sungai.
v          Jumlah pepejal terampai.
-        Pepejal terampai ialah zarah-zarah yang terampai di dalam air yang tidak dapat larut. Pepejal teramapi pada kebiasaanya lebih besar daripada zarah-zarah organic dan zarah-zarah tak organic. Di antara contoh pepejal terampai seperti plastic, kayu, kertas, bangkai dan sebagainya.
-       Ia boleh diukur dengan menggunakan cara penapisan dan timbangan sample air yang telah dikeringkan.
-        
Parameter kimia yang terlibat ialah:
v  Kandungan oksigen terlarut
-       Kandungan oksigen terlarut boleh diukur dengan parameter Permintaan Okisigen Biokimia (BOD) dan Permintaan Oksigen Kimia (COD).
-       Permintaan Oksigen Biokimia boleh ditakrifkan sebagai jumlah oksigen terlarut di dalam air yang diperlukan untuk pengoksidaan biokimia secara aerobic terhadap bahan organic yang wujud dalam air oleh mikroorganisma tertentu dalam tempoh masa yang tertentu. Sungai dikatakan mengalami pencemaran air serius sekiranya BOD air sungai kurang daripada 4mg/l.
-       Permintaan Oksigen Kimia (COD) ialah oksigen yang diperlukan untuk proses pengoksidaan bahan organik secara kimia kepada kaebon dioksida dan air.


v        Jumlah fosfat terlarut.
v        Sebatian nitrogen
-       Ammonia nitrogen merupakan parameter yang digunakan untuk menunjukkan proses eutrofikasi berlaku di sesebatang sungai. Nilai ammonia yang tinggi menunjukkan kehadiran baja, najis haiwan atau kumbahan domestic. Nilai ammonia yang melebihi 1mg/l menunjukkan wujudnya aktiviti penguraian oleh bakteria dalam sungai kerana kehadiran ammonia yang berlebihan.  
  Satu eksperimen juga akan dijalankan untuk mengenal pasti kesan terhadap haiwan ternakan yang    minum air sungai tersebut.
 Dalam eksperimen tersebut, tikus makmal akan diggunakan.
1.      3 ekor tikus akan diletakkan dalam sangkar dengan bekalan air dari sungai tersebut.
2.      3 ekor tikus akan diletakkan dalam sangkar dengan bekalan air bersih.
3.      Dari segi makanan, makanan yang sama dari segi kualiti dan kuantiti akan diberikan kepada tikus-tikus tersebut.
4.      Tikus-tikus tersebut akan diperhatikan dari hari ke hari.
5.      Segala perubahan yang berlaku atas tikus-tikus tersebut akan direkodkan.


Monday, 15 October 2012

Problem Based Learning


Problem Scenario:
Andy bought a loaf of bread from a bakery, but when he reached home, he discovers small dark green specks of mould on it. He goes back to the bakery to get a refund, but owner refuses, insisting the bread was freshly made. Andy is now wondering what has caused the mould to grow and what he can do about the situations.


FACTS
IDEAS
LEARNING ISSUES
ACTION PLANS
  • Andy discovers small dark green specks of mould on bread that he bought from a bakery.
  • Andy goes back to the bakery to get refund.
  • Owner of the bakery refuses refund of Andy and insist that the bread was freshly made.

  • The bread is not fresh (expired).
  • Andy careless.
  • The ingredients of the bread spoiled.
  • The bread exposed to factors that promote growth of moulds.
  • The owner is lying.

  • What has caused the mould to grow?
  • What is the life cycle of the mould?
  • What type of mould that grow on the bread?
  • What is the consumer right?
  • Does mould bring harm to human?

  • Searching information through the internet.
  • Discuss among group members.


Thursday, 11 October 2012

Inquiry-Based Learning Lesson Plan

Objectives:
Analyse the changes in the states of matter through experiment.

Learning outcomes:
A student is able to :

  1. explain the melting and freezing point based on the kinetic theory of matter.
  2. relate changes in heat to changes in kinetic energy of the particles in matter.
Lesson Plan:
teacher will asked students:
1.Do you know how many states of matter in this earth? 
2.Do you know what is the melting point of water? 
3.What is the relationship of kinetic theory and the changes occur to matter?
4.Have you heard that the disintegration of ice is occurring in Arctic?Why would it occurred?

In this activity, student will work in groups (3 students per group) to study about the melting and freezing point of napthalene based on kinetic theory of matter through an experiment.  Student will be provided with the following materials and apparatus and they are required to build their own experiment. Students can discuss in their group and find information through books and internet. Teacher will guide them throughout the experiment.

Aim:
To determine the melting and freezing point of naphthalene and understanding of kinetic theory of matter

Materials provided:
Napthalene, C10H8


Apparatus provided:
Boiling tube
250 ml beaker
thermometer (0-100 Celcius)
Tripod stand
Retort Stand with Clamp
Bunsen Burner
Stopwatch
Conical flask
Wire gauze

At the end of the class, teacher will explained if there is any misconception about the kinetic theory of matter.